Nuffnang Ads

Jan 31, 2012

Mengapa perlu tangisi kenangan lepas…

Kenangan…

Kau datang tanpa diundang
Berputar-putar semula dikotak minda

Antara manis dan pahit

Masing-masing cuba untuk mengambil tempat tersendiri

Untuk diputar semula

Kenangan…

Manis itu hanyalah sekadar mimpi disiang hari

Bila tersedar lenyaplah ia

Walaupun seketika waktu terbatas

Namun ia sungguh menyenangkan

Kenangan…

Pahit itu yang sering datang

Penuh pergolakkan dan derita

Kesudahannya sangat menyiksakan hati dan minda

Dengan linangan air mata yang sering menemani

Tetapi kenangan itulah

Yang akan mematangkan dan mendewasakan

Tidak perlu menangisi kenangan itu

Ambillah iktibar dengan berfikir

Ada sesuatu Pemberian untuk kita

Yang belum diketahui untuk apa tujuanNYA

Allah tidak pernah merampas sesuatu berharga dan bernilai

Dari hambaNYA

Malah memberi yang lebih baik dari yang asal

Usahlah menangis…

Sesuatu yang buruk itu

Tidak semestinya buruk dimata Allah

Tetapi boleh jadi yang terbaik disisiNYA

Kehilangan, derita, mahupun kekecewaan

Belum tentu buruk pada hidup kita

Tetapi ia adalah ‘antibiotik’ untuk diri kita

Menjadi lebih kuat dan tabah

Pergilah derita…

Pergilah kesakitan…

Pergilah kekecewaan…
Terbanglah dikau bebas bersama masa dan waktu yang lepas

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."


56 comments:

dwaty said...

sabar ya anum.... insyaALLAH... ada PELANGI yang menanti....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

dear jgn terlalu bersedey
Allah bagi ujian maknanya dirimu dekat denganNYA....masa akan merawat luka ituew....trust me....fighting !!

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

Allah beri ujian sebab nak kita sentiasa ingat padaNYA.. :)

Edura Hanum said...

semoga awak tabah dlm menghadapi dugaan yang mendatang

Anum said...

dwaty: insyaallah
lady ayu:terima kasih atas nasihat sis

Anum said...

Edura: terima kasih
Cikmoon: insyaallah saya akan cuba

:: Mrs.Eady :: said...

bersabar la kwn ku..insyallah akan ade sinar baru yg lebih baik buat kamu,insyallah..

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga anum terus tbh yer..

syaz@rozelt said...

sabar ye..huhu

redza said...

kuat ye anum utk menghadapi ujianNya

azam said...

sabar dan tabah dengan dugaanNYA.....insyaallah, mendapat keberkatan, kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik utk kita

Anum said...

Mrs.Eady: thanks sis
nuyui: thanks yui

Anum said...

redza: insyaallah
azam: insyaallah semua anum serahkan pada dia

Cho Zila said...

Sabar Anum... jom bergembira bersama-sama... (tak hingat dah lirik dia)

intan_blur said...

tersentuh sekali ayat paling last tuh...nak simpan dlm hati intan semat2. ;(

kenangan itu mematangkan kite kan anum..so becareful ye anumm.
n take care dear ;)

Anum said...

cho zila: thanks sis
intan: insyaallah sis. haha

semutsengal said...

kalau anda gembira tepuk tangan.

papp! papp! pap !


karipap ?

Anum said...

semutsengal: ermmmmmmmmmmm

eintan nurfuzie said...

MMM...sesuai untuk cik en...
mmm....cube download mp3 tu..opis cik en block gak...download lepas....

Anum said...

eintan: baik lah

merpatisejoli45 said...

hye,done folow u. jmput dtg n jd folower saya blik ye. :)

sudi x nk tukar banner di page or site bar? tggal komen kt blog saya ye. :)

Bui Junaidi said...

WALAUPUN KAK BUI TAK TAHU APA MASALAH ANUM,TP KAK BUI HARAP ANUM TABAHLAH YER..DUGAAN ITU KDG2 DTG SEBAB NAK UJI KITA..

Anum said...

merpati: thanks
bui: thanks sis, sangat2 hargai

ZWAN SABRI said...

yang dah lepas, biarkan ia berlalu.. kenang x salah jika ia dikenang as pengajaran untuk kita lebih berhati hati.. :)

Anum said...

zwan: insyaallah, thanks

Hanis MY said...

InsyaAllah pasti Ada hikmahnya sbr byk2 ye anum...

Pink Tulip said...

setiap yg berlaku tu mesti ada hikmah disebaliknye. be strong yer anum...

Anum said...

Hanis: thanks sis
Pink Tulip: thanks

hyz said...

pujuklah hati kuatkan jiwa =)

Anum said...

hyz: insyaallah

c'axoera ヅ said...

tetiba rasa sadis dalam jiwang sikit plak bila baca entry ni...sob sob >_<

Noraim said...

jadikan kenangan itu sebagai panduan utk masa depan. dekatkan diri kepadaNya. InsyaAllah, hati akan sentiasa tenang :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

tabah ya anum :)

mama_umar_maryam said...

anum, saya doakan anum cpt2 recover 'luka' tu k..doa byk2 ye dear..

fieda said...

sabo ye anum..

ILA HonEyBuNNy said...

napa neh...

lama ila xdtg sini...blurr kejap..;(

sabar tu indah dear....;P

Amanina said...

betul..knangan klau still ingt mesti menyedihkan :(

Salina@IbuAqil said...

Kenangan biarkn ia pergi..
Terus renung jauh ke hadapan..
Tanpa menoleh ke belakang lg..
TC dik.. ;)

::NureeN:: said...

tabah yerr anum...
kenangan mmg x kan hilang dlm ingatan kita, hanya kita yg bisa menentukan samada kenangan tu boleh terkubur @ tidak.. nureen x nafikan sbb nureen pon sentiasa dihantui kenangan lama dlm mimpi yg nureen pon x pasti smpi bila kenagan tue akan menghantui nureen..

anum,
saja nk suggest.. untuk kotak n3 klau anum wat background kosong nureen lebih suka sbb tak terganggu nak baca :)

Cho Zila said...

anum. bangkitlah wahai adikku....

Anum said...

c'axoera ヅ: ermmmmmmmmmm
noraim:thanks sis

Anum said...

saiazuan: thanks
mama umar: thanks sis

Anum said...

fieda: insyaallah
ila: thanks

Anum said...

amanina: kadang2 kita dah buang, but u know kadang2 dia dtg semula
salina: insyaallah

Anum said...

nureen: thanks sis
anum akan cuba

Jue AbdRahman said...

sabar anum.. ape pun dugaan yg dtg igt Allah SWT ade dgn kita, akak pun br lepas kecewa alhamdulillah skrg dh ok, ingat Allah byk2 k ;)

Anum said...

Jue: anum tengah kumpul kekuatan anum

msredcheesecake said...

Semua kenangan akak hargai samada baik atau buruk.... Siapa kita hari ini bermula dgn kenangan semalam...

Titisan Hujan said...

pape pn usahlah dilupa kenangan itu
kerna itulah yang dinamakan kenangan

yad'z said...

jangan biar diri hidup dalam kenangan andai hanya bersulam kepahitan.. =)

CintaZulaikha said...

Allah mmg sering memberi kita ujian...

Salina@IbuAqil said...

Dik, lama menyepi..
Sihat ke?!
Rindu rasanya.. ;)
Neway TC dear..

Anum said...

msred: insyaallah
titisan hujan: thanks i try to forget all

Anum said...

yad'z: insyaallah
cintazulaikha: mmmmmmmmmmmm

Anum said...

salina: tengah mengumpul kekuatan diri

mas saari said...

jangan sedih lagi!
jadikan kesedihan itu sebagai penguat semangat untuk teruskan hidup..